Inilah Alasan Kenapa Babi itu Haram bagi Umat Muslim
HUKUM ISLAM BERKAITAN BABI DAN ANJING DIHARAMKAN
Seperti yang sudah dimaklumi bahawa anjing dan babi itu keduanya adalah najis mughallazah (najis berat). Selain ditegah memakan daging babi dan anjing, ditegah juga memanfaatkan segala anggota binatang itu seperti kulit, bulu dan sebagainya, kerana babi dan anjing itu sendiri adalah najis al-'ain.)
KAJIAN SAINS TENTANG BABI DAN ANJING DIHARAMKAN
Babi dari segi genetik mempunyai persamaan genetik (DNA) yang hampir serupa dengan manusia. Oleh itu kebanyakan ujian perubatan biasanya dijalankan keatas babi sebelum ia diuji pada manusia. Malah jantung babi pernah digunakan bagi menggantikan jantung manusia yang sakit teruk, sementara menantikan mendapat penderma yang sesuai. Disebabkan babi mempunyai genetik yang hampir menyerupai manusia, terdapat kemungkinan berlaku penularan penyakit antara spesies. Sekiranya ini berlaku, wabak teruk mungkin berlaku kerana ketiadaan ketahanan badan bagi penyakit baharu. Sebagai contoh, wabak virus nipah telah menimbulkan dua pilihan, menghapuskan manusia yang berhampiran Babi, atau menghapuskan babi yang berhampiran manusia. Hasilnya, kesemua ternakan Babi yang terdapat dalam kawasan tersebut dihapuskan sama sekali bagi menjamin keselamatan manusia sekeliling. Babi juga merupakan hos bagi cacing pita yang turut menjadikan manusia sebagai hos kedua. Daging babi yang tidak dimasak dengan sempurna, mampu menyebarkan telur cacing pita kepada manusia. Selain itu, penjagaan kebersihan yang tidak sempurna semasa penyembelihan babi, membolehkan cacing pita merebak.
KESIMPULAN
Dari tulisan ini, dapat disimpulkan seperti berikut:
Pertama, al-Quran, Hadis dan fatwa para ulama Islam menyatakan bahawa daging babi haram dimakan.
Kedua, walaupun al-Quran dan Hadis tidak menyatakan larangan menyentuh babi, tetapi para ulama Islam berbeza pendapat dalam hal – apakah anggota yang tersentuh babi itu wajib dibasuh? Memandangkan rata-rata muslim di Malaysia mengikut mazhab Syafie, makanya menyentuh babi difatwakan sebagai wajib dibasuh dengan tujuh kali basuh dengan air biasa – salah satu darinya mesti air bercampur tanah.
ketiga, memandangkan ada fatwa sebilangan ulama Islam bahawa sentuh babi tidak wajib dibasuh, makanya tidak hairan terdapat beberapa kejadian di negara Arab – muslim di sana memakai kasut atau dompet yang diperbuat daripada kulit babi.
Keempat,Anjing dikatakan diciptakan daripada air liur iblis.Anjing itu kemudian diperintahkan oleh ALLAH untuk menjaga Nabi Adam. Biarpun diciptakan daripada ludah Iblis, tetapi anjing itu tetap dekat dengan manusia." Kemudian ketika penyebaran agama Imam Syafie, anjing mula menjadi haram dan dihindar.2


No comments:
Post a Comment